Calon Pilihan Raya Sarawak Perlu Hantar Penyata Akaun Perbelanjaan Sebelum 30 Mei

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Semua calon pilihan raya negeri Sarawak ke-10 diingatkan menghantar penyata dan akaun perbelanjaan pilihan raya sebelum 30 Mei ini.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sarawak, Wan Fadillah Wan Ahmad berkata keputusan pilihan raya Sarawak 16 April lepas telah diwarta pada 29 April.

Katanya selaras dengan Seksyen 23 (Akta 5), Akta Kesalahan Pilihan raya 1954, penyata dan akaun perbelanjaan pilihan raya bagi calon perlu dihantar ke pejabat SPR Negeri Sarawak dalam tempoh 31 hari, dari tarikh pewartaan keputusan tersebut.

"Tarikh akhir untuk mengembalikan penyata perbelanjaan adalah pada 30 Mei tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Wan Fadillah berkata penyata perbelanjaan perlu diisytiharkan oleh calon dengan melengkap borang B (Penyata Berkenaan Dengan Belanja Pilihan Raya), C (Penyata Atas Sumpah Oleh Calon) dan D (Penyataan Bersumpah Oleh Ejen Pilihan Raya).

Beliau berkata borang tersebut boleh diperoleh di Pejabat SPR Sarawak atau di pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya. "Borang yang lengkap hendak dihantar terus ke Pejabat SPR Sarawak atau melalui Pegawai Pengurus tempat di mana calon telah bertanding," katanya.

Sementara itu, Wan Fadillah berkata petisyen pilihan raya hendak difailkan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 21 hari dari tarik keputusan warta tersebut.

"Tarikh akhir untuk memfailkan petisyen adalah pada 20 Mei tahun ini," katanya. Pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lepas, 213 calon termasuk 41 calon Bebas bertanding di kesemua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Barisan Nasional (BN) Sarawak menang 55 kerusi manakala DAP (12 kerusi), Parti Keadilan Rakyat (tiga kerusi) dan calon Belas (satu kerusi). -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan