BN Sarawak Kaji Keputusan Pilihan Raya Negeri

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak akan membuat bedah siasat keputusan pilihan raya negeri 16 Mac lepas, kata Tan Sri Adenan Satem, Penasihat Khas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata semua wakil rakyat daripada BN akan juga menyediakan laporan kawasan masing-masing untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dibangkitkan dalam kempen pilihan raya itu.

Laporan itu perlu disiapkan sebelum persidangan pertama Dewan Undangan Negeri pada Jun ini, katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

"BN akan membuat satu bedah siasat secara terperinci...di mana kita kalah dan di mana kita menang, isu yang dibangkit dan cara untuk mengatasi isu itu pada masa hadapan," kata Adenan.

Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat BN yang dipengerusikan oleh Taib di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Ia dihadiri hampir kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri daripada BN.

Adenan berkata mesyuarat turut membincangkan persiapan Adun-adun baru dalam BN dalam menghadapi persidangan dewan serta beberapa perkara yang perlu mereka ketengahkan pada persidangan itu nanti.

"Penjelasan tentang polisi kerajaan, pengurusan kerajaan, program serta beberapa lagi perkara juga diperjelaskan dalam mesyuarat hari ini," katanya.

Ditanya sama ada rombakan kabinet dan bakal pengganti Taib sebagai Ketua Menteri turut dibincangkan, Adenan berkata : "Saya tidak mahu komen, perkara itu tidak pun dibincangkan."

Pada pilihan raya negeri kali ini, BN menang 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan