ADUN BN Dakwa Kerajaan P. Pinang Tidak Adil Beri Peruntukan Sekolah - Berita Semasa | mStar

ADUN BN Dakwa Kerajaan P. Pinang Tidak Adil Beri Peruntukan Sekolah

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional hari ini mendakwa kerajaan negeri tidak adil dalam pembahagian peruntukan untuk sekolah-sekolah di negeri ini.

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) mendakwa sekolah agama rakyat hanya menerima peruntukan sebanyak RM1.8 juta tahun lepas.

Beliau berkata Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina menerima peruntukan sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850,000).

"Saya lihat peruntukan yang disediakan tidak adil," katanya ketika membahaskan usul ucapan terima kasih di atas ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini, Rabu.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri hanya menambah RM50 sebulan dalam pemberian elaun untuk guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa).

"Sebaliknya kerajaan pusat memberikan sebanyak RM800 sebulan," katanya. Jasmin juga membangkitkan isu 60 lawatan ke luar negara yang melibatkan kos hampir RM560 ribu oleh kerajaan negeri tahun lepas.

"Daripada jumlah itu, sembilan lawatan dilakukan oleh Ketua Menteri dengan kos kira-kira RM58,000 dan Ketua Menteri 1 mengadakan lawatan sebanyak tujuh kali dengan kos sebanyak kira-kira RM56,000 manakala Ketua Menteri II melawat keluar negara sebanyak sekali tetapi lawatan itu ditaja oleh Invest Penang," katanya.

Beliau berkata antara negara yang dilawati ialah Thailand, Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong, Macau, Pakistan, Amerika Syarikat dan Indonesia. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan