PKR Dakwa Polis Salah Guna Kuasa

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Selasa mempertikaikan penganjuran program yang dijalankan di Bachok, Kelantan baru-baru ini melibatkan lebih 2000 pengetua dan guru-guru di seluruh Kelantan atas nama ‘Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Pada Masa Kini’.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa, seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia telah mendedahkan isu-isu yang bukan mengenai keselamatan negara sebaliknya menyentuh mengenai video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Majlis ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

"Ia diadakan oleh Jawatankuasa Induk Pengelola melibatkan pihak polis, Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Pelajaran Daerah Bachok.

“Saya dimaklumkan empat siri seminar ini dijalankan melibatkan lebih 2,000 pengetua dan guru di seluruh Kelantan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Selasa.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mendakwa setiap sekolah diwajibkan menghantar pengetua dan lapan orang guru

Oleh itu, beliau menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar tampil menghentikan penyalahgunaan jentera kerajaan khususnya polis dan pejabat pendidikan untuk tujuan agenda politik.

“Apakah jaminan Ketua Polis Negara dan Timbalannya, Datuk Khalid Abu Bakar yang baru dilantik untuk memastikan institusi polis menjadi institusi yang berwibawa untuk memelihara keselamatan negara,” katanya.

Minggu lalu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan peranan seorang pegawai kanan polis yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar adalah ancaman keselamatan negara

“Pegawai polis itu juga dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar sememangnya watak dalam video seks itu.

“Bagaimana seorang pegawai polis boleh mengeluarkan kenyataan seumpama itu sedangkan siasatan masih dijalankan oleh polis, ini satu tuduhan serius,” katanya pada sidang media itu yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan