Penerima Biasiswa Nasional Bangga Dengan Usaha Kerajaan

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penerima Biasiswa Nasional 2011 bangga dengan usaha kerajaan dalam menyediakan bantuan yang dianggap selaras dengan matlamat untuk memperluaskan akses pendidikan berkualiti tanpa mengira kaum, sebaliknya berdasarkan kepada pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mohd Said Nilai, Negeri Sembilan, S. Narendar berkata peluang yang diberikan itu sekaligus dapat merealisasikan impiannya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Australia.

"Terima kasih kepada kerajaan kerana sangat prihatin dengan keperluan pendidikan tanpa mengira kaum, saya amat gembira dengan tawaran itu dan berjanji akan berusaha menggunakan peluang itu sebaik mungkin," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Narendar, 18, adalah antara 30 pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas yang menerima Surat Tawaran Biasiswa Nasional 2011 untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka diiktiraf kerajaan dalam bidang pilihan.

Surat tawaran biasiswa itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Biasiswa itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2010 sebagai ganjaran kepada pelajar cemerlang yang dipilih berdasarkan merit bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti terkenal dunia.

Penerima biasiswa itu juga akan menikmati Elaun Sara Hidup sebanyak 50 peratus lebih tinggi berbanding program biasiswa sedia ada.

Kegembiraan sama turut dikongsi Hwang Sin Ye,17, bekas pelajar SMK Bukit Jalil Kuala Lumpur yang merasakan peluang itu amat tidak disangka sama sekali dan berazam untuk tidak mempersiakan kepercayaan yang diberikan.

"Peluang diberikan itu bukti keprihatinan kerajaan dan saya amat berterima kasih kerana merealisasikan cita-cita saya dan keluarga. Saya akan menjadikan peluang itu untuk melahirkan penciptaan baru dalam bidang perubatan," katanya yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang Farmasi di Amerika Syarikat.

Bekas Pelajar SMK (P) Sri Aman Petaling Jaya Iman Izni Ezzat Chan, 18, pula menerima tajaan kerajaan itu kerana menyifatkan tawaran sedemikian hanya diberi kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kurikulum.

"Walaupun saya rasa tertekan tetapi dalam masa sama,ia disifatkan sebagai pencetus semangat untuk saya buat yang terbaik," katanya yang akan meneruskan pengajian di peringkat A Level di Kolej Yayasan UEM.

Muhammad Putera Farid Iskandar pula merasakan tajaan kerajaan itu akan menguatkan lagi azam dan tekadnya untuk menabur bakti kepada negara selepas tamat pengajian kelak.

"Ia sesuatu yang mengejutkan kerana saya sedar yang memohon untuk dapat tajaan itu ada beratus orang dan bila terpilih, saya bersyukur dan berazam untuk menabur bakti kepada negara dalam jurusan yang saya pelajari nanti," kata bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Seremban itu. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan