Musa Aman Terima Anugerah Profesor Kehormat

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada Selasa menerima anugerah Profesor Kehormat daripada Kursk State Medical University (KSMU), salah sebuah universiti kerajaan yang paling berprestij di Rusia.

Musa menjadi penerima pertama anugerah seperti itu di Malaysia dan penerima ke-25 dari seluruh dunia sejak KSMU ditubuhkan kira-kira 78 tahun lepas.

KSMU, ditubuhkan pada 1935, adalah satu-satunya universiti perubatan di kalangan 47 universiti perubatan kerajaan yang lain di Rusia yang menggunakan bahasa perantaraan dalam bahasa Inggeris serta ijazahnya diiktiraf sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia sejak 2001.

Bercakap kepada pemberita selepas menerima anugerah itu daripada Rektor KSMU Prof Victor Anatoiyevich Lazarenko di pejabatnya di Wisma Innoprise di sini hari ini, katanya anugerah KSMU itu sebagai satu penghargaan kepada beliau dan kerajaan Sabah.

Beliau berharap anugerah itu akan membantu mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara kerajaan Sabah dan KSMU khasnya dalam bidang perubatan dan kesihatan. Musa berkata kerajaan negeri lebih berminat untuk menghantar pelajarnya mengikuti kusus perubatan di KSMU kerana yurannya yang munasabah berbanding dengan universiti asing yang diiktiraf seperti di United Kingdom dan Australia.

"Yuran KSMU adalah munasabah dan ini adalah baik untuk kita kerana ini bermakna kita boleh menghantar lebih ramai pelajar mengambil kursus perubatan di sana," kata beliau.

Beliau berkata setakat ini 80 pelajar perubatan dari Sabah telah tamat mengikuti kursus berkenaan di KSMU dan kira-kira 150 lagi masih belajar di universiti berkenaan.

Katanya kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan untuk menghantar lebih ramai pelajar perubatan ke KSMU pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menambah bilangan doktor terlatih di Sabah.

Sementara itu, rektor berkenaan berkata anugerah Profesor Kehormat diberikan sebagai pengiktirafan pada wawasan Musa dalam kepimpinan, komitmen dan kesungguhannya menangani kekurangan doktor di Sabah.

Beliau berkata sejak 1994 bahasa pengantar untuk pelajar asing bidang perubatan adalah dalam bahasa Inggeris tetapi bahasa Rusia adalah diwajibkan.

Katanya setakat ini terdapat lebih 600 graduan Malaysia dari universiti itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan