Kedutaan Malaysia Di Iraq Akan Dibuka Semula - Anifah

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kedutaan Malaysia di Iraq akan dibuka semula dalam tempoh tiga bulan akan datang setelah segala proses dokumentasinya selesai, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata keputusan membuka semula kedutaan Malaysia itu, telah mendapat persetujuan daripada Kabinet baru-baru ini.

Katanya langkah itu juga dibuat kerana banyak negara telah beroperasi semula di Iraq, antaranya beberapa negara Asean, Jepun, Korea Selatan dan China.

"Kita sedang membuat perancangan. Salah satu aspek yang diambil kira (sebelum kedutaan Malaysia dibuka semula) ialah daripada segi keselamatan.

"Kerajaan Iraq juga mahu Malaysia membuka semula kedutaan (di Baghdad) secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Luar di sini, Selasa.

Sebelum ini, Kuala Lumpur mengambil keputusan menutup Kedutaan Malaysia di Iraq pada Mac 2003 berikutan pergolakan di negara berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Anifah berkata Kuala Lumpur akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu keganasan kerana ia merupakan masalah global.

Sementara itu, Anifah mahu setiap warga Wisma Putra meningkatkan kepakaran dan pengetahuan kerana ia akan memberikan gambaran oleh dunia luar terhadap Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan