Ibu Bapa Perlu Elak 'Denial Syndrome' Terhadap Abnormaliti Anak - Rosmah

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Golongan ibu bapa dinasihat supaya mengelakkan diri daripada 'denial syndrome' (sindrom penafian) semata-mata mereka tidak sanggup mendengar abnormaliti yang berlaku kepada anak-anak mereka.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata ibu bapa tidak perlu menyesali kekurangan yang ada pada anak-anak mereka kerana ia adalah fitrah daripada Tuhan.

"Sebaliknya ibu bapa seharusnya membawa anak-anak untuk pemeriksaan awal kerana semakin lewat anak ini dirawat semakin sukar untuk masalahnya diatasi," katanya di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Intervensi Awal Mencegah Berlakunya Kecacatan kepada Kanak-kanak anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Bakti berkata kini terdapat pelbagai teknologi dan teknik tertentu untuk mencegah serta merawat kecacatan di kalangan kanak-kanak. Beliau berkata pengalaman dari serata dunia menunjukkan program intervensi awal mampu membantu kanak-kanak autisma memaksimumkan potensi mereka dalam bidang tertentu.

"Dalam soal pengendalian kanak-kanak autisma, kita perlu memberi perhatian kepada dua prinsip utama iaitu mengenalpasti kecacatan dan seterusnya memulakan intervensi atau langkah-langkah pemulihan di peringkat awal," katanya.

Beliau berkata jika kanak-kanak yang mengalami ketaknormalan ini diberi bimbingan melalui pelbagai teknik dan didikan khas, tidak mustahil mereka boleh mengurus sendiri aktiviti harian serta mampu berdikari dan menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

Rosmah berkata jika kanak-kanak abnormaliti mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang, ibu bapa dan masyarakat seharusnya membantu mengembangkan minat dan bakat itu supaya ia dapat ditingkat dan diperluaskan lagi.

"Jika muzik adalah minatnya berikan instrumen yang digemari, jika melukis adalah kebolehannya sediakan kelengkapan yang secukupnya, dan jika mereka suka menyanyi dan menari minat ini boleh dikembangkan melalui program intervensi," katanya.

Rosmah berharap pelaksanaan kempen ini dapat meningkatkan pengetahuan dalam mengenalpasti tanda-tanda awal kemungkinan berlakunya kecacatan kepada kanak-kanak dan pada masa yang sama memberikan kemahiran asas kepada ibu bapa cara mengendalikan anak mereka.

Beliau berkata sempena kempen itu, selain seminar khas mengenai autisma, Semai Bakti juga menyediakan dokumentari khas sebanyak 13 siri berbentuk ilmiah mengenai autisma yang akan mula disiarkan pada pukul 9.30 malam ini di RTM1.

Selain itu, sebuah buku manual Panduan Pencegahan Awal Kecacatan Kanak-kanak dan Asas Perubatan Kecemasan untuk Ibu Bapa dan Penjaga edisi 2011 juga diterbitkan sebagai bahan rujukan supaya ibu bapa dan penjaga lebih memahami dan mendapat gambaran awal mengenai masalah kesihatan yang sering dihadapi kanak-kanak, katanya.

Kempen dengan tema 'Mencegah Mudah Daripada Memulih' itu bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat dalam pencegahan awal daripada berlakunya kecacatan kepada kanak-kanak dengan peningkatan pengetahuan terhadap tanda-tanda awal kemungkinan berlaku kecacatan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan