Projek Iskandar Malaysia Beri Limpahan Rezeki Kepada Rakyat Johor:Ghani

Diterbitkan: Isnin, 2 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Pelaksanaan banyak projek infrastruktur di Iskandar Malaysia telah merangsang permintaan mendapatkan rumah, tanah dan hartanah di dalam zon ekonomi itu, yang mendorong kepada kenaikan harga.

Trend itu telah mendorong kepada pelaksanaan banyak aktiviti ekonomi yang dapat dimanfaatkan rakyatnya melalui peningkatan gaji yang lebih tinggi, peningkatan peluang perniagaan dan standard kehidupan yang lebih baik," kata Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Katanya ini jelas membuktikan bahawa pembangunan Iskandar Malaysia bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat kontraktor besar dan ahli-ahli perniagaan, malah juga rakyat biasa di Johor.

"Rakyat biasa kini mulai mengecapi hasil projek Iskandar Malaysia dan suntikan dana Pesekutuan yang besar sebanyak RM6.8 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK9) untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur," katanya kepada taklimat media mengenai kemajuan Iskandar Malaysia.

Acara itu dianjurkan oleh Danga Bay Sdn Bhd, syarikat yang diberikan kontrak penswastaan oleh kerajaan negeri Johor pada awal 2000 untuk membangunkan kawasan seluas 720 hektar di sepanjang pesisiran Pantai Lido Johor.

Ghani berkata fokus pada keutamaan fiskal bagi Johor akan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10) (2011-2015) melalui bajet tambahan RM1.39 bilion.

Kerajaan negeri Johor juga memainkan peranan besar di dalam memacu pembangunan dengan penyediaan RM313.33 juta di bawah Bajet 2010nya bagi pelaksanaan banyak projek infrastruktur.

Ghani berkata hampir kesemua projek yang dilaksanakan bagi Iskandar Malaysia mempunyai elemen ekonomi bagi meningkatkan produktiviti dan keefisienan, memberi kesan kepada ekonomi tempatan dan meningkatkan kehidupan rakyat Johor.

"Projek lebuhraya, sebagai contoh, akan menambah baik secara signifikan akses dan hubungan dan membantu membuka banyak hab perniagaan baharu, sambil mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan menyumbangan kepada pengagihan kekayaan.

Ghani berkata beberapa projek sektor swasta telah tertangguh berikutan krisis kewangan global, terutama pasaran hartanah.

Bagaimana pun, kebanyakan projek ini mulai dilaksanakan, khususnya segmen kediaman.

Pembangunan infrastruktur yang besar di Iskandar Malaysia telah meningkatkan minat dan komitmen dari banyak syarikat hartanah tempatan dan seberang laut.

Antaranya ialah UEM Land, Walker Corporation dari Australia, Dijaya Corporation, SP Setia Bhd, UDA Holdings, Bandar Raya Developments Bhd, Mah Sing Group, IOI Properties Bhd, Asiatic Development Bhd dan Hua Yang Bhd.

Ghani berkata para pemain hartanah yakin mengenai peningkatan prospek Iskandar Malaysia dan ini telah mewujudkan permintaan mendapatkan tanah bagi projek masing-masing, yang sebaliknya akan meningkatkan permintaan rakyat Johor.

Katanya rakyat Johor akan mendapat manfaat dari peningkatan nilai hartanah dan peluang pekerjaan yang besar dan ini akan memberikan cabaran kepada kerajaan negeri bagi mengeluarkan ramai pekerja mahir bagi memenuhi permintaan masa depan.

Bagi memastikan kumpulan berpendapatan rendah dan pertengahan turut mendapat manfaat dari pembangunan Iskandar Malaysia, Ghani berkata terdapat juga hartanah bagi kategori ini dan juga penyediaan perumahan dan penempatan semula Orang Asli.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif KGV-Lambert Smith Hampton (Johor) Sdn Bhd Samuel Tan berkata pembangunan di Iskandar Malaysia telah meningkatkan nilai hartanah dan tanah.

"Nilai hartanah bagi kediaman, komersil, perindustrian dan tanah bagi pembangunan telah meningkat dengan tinggi. Syarikat-syarikat pemaju telah mewujudkan bank tanah di Johor kerana mereka menjangka peningkatan nilai di Iskandar Malaysia," katanya.

Tan berkata tanah komersil di Danga Bay telah meningkat 181 peratus daripada RM220 sekaki persegi kepada RM400 sekaki persegi dan ini menyebabkan peningkatan modal dan sewaan.

Katanya kawasan luar bandar di Johor akan berkembang berikutan peningkatan infrastruktur dan tebaran kawasan komersil yang tidak berpusat sambil kawasan luar bandar akan dibuka bagi pembangunan disebabkan faktor kos.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan