Buku 'Seni Matematik Islam' Adi Putra Dilancar

Diterbitkan: Isnin, 2 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buku sulung kanak-kanak pintar Adi Putra Abdul Ghani, 12, berjudul 'Seni Matematik Islam' dilancar hari ini sempena Pesta Pameran Buku Antarabangsa 2011 di sini.

Buku itu mencatat jualan sebanyak 3,000 unit sejak dijual minggu lepas dan Adi Putra, yang mendapat jolokan genius matematik, merancang menerbitkannya dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Jerman, Perancis dan Mandarin.

Beliau berkata buku setebal 247 muka surat itu memuatkan 12 daripada 235 formula matematik yang diciptanya, dan dijual pada harga RM40 senaskhah.

"Saya menulis buku ini selama sebulan, formula matematik yang saya cipta memudahkan kanak-kanak atau orang dewasa untuk mempelajari matematik.

Apabila semua orang tahu cara yang mudah untuk mempelajari matematik, secara tidak langsung mereka akan lebih berminat untuk mempelajari matematik, dan asas untuk mahir dalam matematik ialah sifir," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku itu.

Adi Putra berharap kanak-kanak yang sebaya dengannya mampu menguasai matematik dengan pantas melalui buku itu bagi melahirkan lebih pakar matematik Islam.

Beliau merupakan penerima anugerah Ikon Matematik dari Jabatan Matematik, Jabatan Pertanian Malaysia 2006 dan Tokoh Matematik Islam Abad Ini dari Universiti Riau, Indonesia pada 2009 serta Ikon Membaca Pepustakaan Negara 2008. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan