Umat Islam Perlu Fahami Dan Hayati Kandungan Al Quran, Titah Raja Perlis - Berita Semasa | mStar

Umat Islam Perlu Fahami Dan Hayati Kandungan Al Quran, Titah Raja Perlis

Diterbitkan: Ahad, 1 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah umat Islam bukan sahaja perlu banyak membaca al-Quran tetapi perlu fahami dan hayati kandungannya.

Baginda bertitah pada zaman moden ini lebih mudah umat Islam mendekati al Quran sebagaimana mudahnya mereka menggunakan kemudahan komputer.

"Di zaman moden ramai yang membawa komputer riba yang boleh digunakan untuk mendengar atau membaca ayat suci itu," titah baginda pada majlis tilawah al Quran peringkat negeri di sini malam semalam, Sabtu.

Pada tilawah itu, johan menunggu, Ismail Romli, 32, guru sebuah sekolah agama di sini dan pelajar tingkatan enam atas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi di sini, Siti Aishah Md Arif, 19, muncul sebagai johan qari dan qariah.

Naib johan qari disandang Ismail Hashim dan tempat ketiga dimenangi Mohamad Abdullah manakala naib johan qariah disandang Wan Asma Wan Salleh dan tempat ketiga dimenangi Sharifah Ainun Syed Darus.

Johan qari dan qariah masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000, pakej mengerjakan umrah bernilai RM5,000 sumbangan kerajaan negeri, piala dan sijil manakala tempat kedua menerima wang tunai RM4,000 dan sijil sementara ketiga wang tunai RM3,000 dan sijil.

Tuanku Syed Sirajuddin menyampaikan hadiah kategori qari manakala Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori qariah.

Majlis tilawah itu adalah satu daripada acara yang diadakan sempena sambutan ulang tahun keputeraan Raja Perlis yang ke-68 pada 17 Mei depan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan