PM Mulakan Lawatan Kerja Sehari Ke Terengganu

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu memulakan lawatan kerja sehari yang padat ke Terengganu, antaranya melakukan tinjauan mesra dan beramah mesra dengan penduduk setempat.

Seawal jam 9 pagi, Perdana Menteri memulakan lawatannya dengan beramah mesra bersama peniaga di Pasar Batu Enam di sini.

Beliau yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memulakan lawatan dengan bersarapan pagi di salah sebuah gerai di situ.

Tinjauan diteruskan ke dalam pasar Batu Enam, dengan Perdana Menteri akan menemui peniaga di pasar kuih muih, pasar basah, pasar menjual sayur-sayuran dan pasar buah-buahan serta barangan pelbagai.

Beliau kemudianya dijadual menziarahi beberapa penduduk di Kampung Pengkalan Arang dengan dimulai keluarga Lua Peng Ching, 58, yang mempunyai dua anak kelainan upaya.

Perdana Menteri juga akan menziarah rumah warga emas Chik Mamat, 85, dan Puteh Yaacob, 79, selain bergotong royong membaiki rumah penduduk miskin, Aminah Abdullah, 65.

Beliau seterusnya berjalan kira-kira 500 meter melawat tapak pasar baru Bukit Tunggal. Perdana Menteri kemudiannya meluangkan masa melawat Klinik Kesihatan Masyarakat Yusof Awang Hitam di Kampung Pulau Bahagia yang menyediakan khidmat rawatan percuma yang dibuka sejak tahun 2009.

Pada tengah hari, Perdana Menteri dijadualkan tiba di Kampung Pulau Bahagia untuk majlis jamuan rakyat dengan konsep tradisional yang dijangka dihadiri lebih 20,000 rakyat Terengganu.

Pada pukul 3 petang, beliau dijadual menghadiri program perasmian Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyong dan seterusnya menghadiri majlis minum petang bersama rakyat.

Lawatan Perdana Menteri diteruskan dengan program "Jalinan Setiakawan Maya" di mana rakan-rakan 'facebook' beliau berpeluang bertemu dengannya secara langsung.

Pada sebelah malam pula, Perdana Menteri akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin masyarakat termasuk dari parti komponen Barisan Nasional (BN) bertempat di Dataran Shahbandar.

Sementara itu, Datin Seri Rosmah Mansor yang turut mengiringi Perdana Menteri mempunyai program berasingan iaitu merasmikan Program Pandu Puteri Turun Padang anjuran Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu di Padang Astaka, Kampung Seberang Pintasan, Dungun pada pukul 10 pagi.

Perdana Menteri dan isteri dijadualkan pulang ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.30 malam ini. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan