PM Jumpa ADUN, Ahli Parlimen Terengganu

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perjumpaan tertutup dengan semua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Terengganu serta beberapa pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) Negeri, malam Jumaat.

Hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Naib Presiden Umno, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Anggota Parlimen Kemaman.

Turut serta dalam mesyuarat itu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN tiba di Ri-yaz Heritage di Pulau Duyong, di sini pada kira-kira pukul 10.30 malam, dan perjumpaan itu berakhir pada kira-kira pukul 12 tengah malam.

Semua 24 ADUN dan enam anggota Parlimen BN hadir pada perjumpaan itu.

Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam rangka lawatan kerja sehari ke Terengganu dalam Program Turun Padang Bersama Rakyat yang menyaksikan jadual padat sepanjang Sabtu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan