Penggubalan Kod Etika Jualan Langsung Di Peringkat Akhir - Tan Lian Hoe

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kini dalam peringkat akhir penggubalan Kod Etika Kebangsaan bagi industri jualan langsung, kata Timbalan Menteri Datuk Tan Lian Hoe.

Beliau berkata kod itu akan menjadi sebahagian daripada peraturan di bawah Akta Jualan Langsung dan Anti Skim Piramid 1993, yang antara lain bagi memberi panduan tentang cara-cara mengendalikan perniagaan jualan langsung dengan lebih beretika.

"Ia juga akan memberi perlindungan serta kefahaman yang lebih baik kepada pengguna, wakil jualan langsung dan syarikat jualan langsung di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan ulang tahun pertama syarikat penjagaan kesihatan One Energize Station di sini, Sabtu.

Beliau berkata, dalam melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan syarikat dan individu yang tidak bertanggungjawab, pindaan akta itu pada 1 Mac lepas membolehkan pegawai penguatkuasa kini menangkap individu atau syarikat yang didapati memperkenalkan skim piramid menerusi internet, sms atau mms. "Jika didapati bersalah, setiap individu akan didenda maksimum RM5 juta atau lima tahun penjara manakala bagi syarikat akan dikenakan denda maksimum sehingga RM10 juta," katanya. Tan berkata tahun lepas, sebanyak 30 kes pelanggaran peraturan di bawah akta itu dilaporkan melibatkan RM823,000. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan