Malaysia Perlukan Undang-undang Bagi Tentukan Pembiayaan Politik Telus

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan undang-undang yang dapat menentukan segala pembiayaan politik adalah telus, kata anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

Beliau berkata ini antara 10 perakuan lembaga itu kepada pihak berkuasa memandangkan ketika ini tidak ada undang-undang yang mengawal selia proses pembiayaan politik di negara ini.

Megat Najmuddin yang juga Presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia berkata hampir semua parti politik enggan, sekalipun untuk berbincang mengenai perlunya wujud ketelusan dalam perkara berhubung pembiayaan politik, yang cukup penting dalam menghapuskan politik wang di negara ini.

Beliau berkata ketika terdapat keperluan untuk melaksanakan pembaharuan dalam perkara tersebut, malangnya tidak wujud iltizam politik yang kuat untuk melaksanakan langkah-langkah perlu ke arah itu.

"Anda bercakap mengenai ketelusan dalam semua organisasi...GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan), syarikat-syarikat senarai awam dan semua proses tadbir urus kita, (tetapi) mengapa tidak dalam parti politik.

"Macama mana pula tadir urus politik tak ada 'transperancy'. Saya ada melihat laporan tahunan beberapa parti politik. Sangat melucukan dari segi ketelusan," kata beliau pada sidang akhbar di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini, Sabtu.

Antara lain Terma Rujukan lembaga ialah menasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang mana-mana aspek masalah rasuah dan juga menasihat dalam hal dasar dan strategi suruhanjaya itu dalam usaha menghapus rasuah. Megat Najmuddin berkata Malaysia perlu mencontohi negara-negara barat yang kebanyakannya mempunyai undang-undang mengenai pembiayaan politik di mana sumbangan US$10 sekalipun direkodkan.

"Dan lebih buruk lagi (di sini) kita tidak tahu dari mana wang itu datang. Kita tak tahu bagaimana dan ke mana perginya. Sama ada dalam dia punya, pergi ke treasurer ataupun dalam akaun parti itu ataupun poket-poket ketua- ketua mereka...pemimpin mereka. Dan kita tak tahu bagaimana ia dibelanjakan, sebab tidak telus.

"Kita nak tahu dari mana wang itu datang. Tiba-tiba anda dapati ia datang dari ekonomi bawah tanah (haram). Kita tidak mahu dikuasai oleh Mafia kerana kita semua tahu ekonomi bawah tanah adalah besar. Barangkali lebih besar dari ekonomi sebenar," kata beliau.

Megat Najmuddin juga berkata kegagalan untuk mengambil tindakan pro-aktif bagi mengurangkan kos mengendali urusan dan kos pentadbiran, menutup segala kebocoran dan pembaziran, semuanya akibat kebanyakannya amalan rasuah, akan membinasakan negara.

Megat Najmuddin juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah campur tangan dalam perjalanan SPRM.

"Perang menentang rasuah telah dipolitikkan...kita tidak mahu ia dipolitikkan. Kami bukan ahli politik di sini di SPRM. Apa juga keputusan yang kami buat, kami buat di sini.

"Tak ada 'political interference' langsung...Saya perlu beritahu anda bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) cukup berhati-hati tentang itu," kata beliau.

Megat Najmuddin juga berkata persepsi negatif orang awam di peringkat bawah mengenai SPRM perlu ditangani dengan betul.

Beliau yang juga seorang pengarah Petronas berkata apapun wang syarikat minyak negara itu perlu diletakkan dalam sebuah badan amanah kebangsaan, agar ia turut dapat memanfaat generasi akan datang.

"Esok dah habis minyak, dah habis gas...apa nak jadi? Kita tidak boleh bergerak begini. Kita perlu kurangkan kos, kita tidak boleh berbelanja di luar kemampuan kita. Kita bukan Amerika," kata Najmuddin yang mengambil perhatian bahawa kira-kira 30 peratus dari bajet Malaysia bergantung pada hasil Petronas. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan