Jangan Jadikan Masjid Seperti Tanah Kubur

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu imam dan pegawai masjid lebih kreatif dalam menganjurkan kegiatan untuk masyarakat agar bangunan masjid tidak sepi seperti tanah perkuburan.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata jika gagal diimarahkan dengan baik, masjid akan menjadi umpama sebuah tanah perkuburan.

Baginda bertitah solat berjemaah perlu diperkasa di setiap masjid manakala kegiatan kemasyarakatan perlu diadakan lebih kerap dan imam pula perlu memikul amanah yang diberikan MAIPs bagi mengimarahkan masjid serta menjalankan tugas dengan sempurna, terutama dalam membentuk penyatuan umat.

"Keingkaran terhadap arahan MAIPs sudah pasti bermaksud keingkaran terhadap hukum syarak yang bertepatan dengan ajaran Al-Quran dan al-Sunnah," titah baginda ketika merasmikan Konvensyen Pengimarahan Masjid Negeri Perlis dan mesyuarat agung Jamaiyah Pegawai-Pegawai Masjid Negeri Perlis 2011 Sabtu.

Baginda turut menasihati imam agar membelanjakan wang tabungan masjid untuk kegiatan pengimarahan.

"Masyarakat Islam tidak pernah kedekut untuk membantu masjid, dan menjadi tanggungjawab jawatankuasa masjid menghidupkan kegiatan di masjid masing-masing," titah baginda. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan