Infra Meteorologi M'sia Bertaraf Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Infrastruktur meteorologi Malaysia adalah bertaraf kelas dunia dan mempunyai kelengkapan yang dapat memastikan keselamatan negara dan awam, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Ketersediaan stesen meteorologi dan stesen radionuklida di negara ini meningkatkan kemampuan Malaysia dalam memantau dan bertindak awal terhadap apa jua kesan buruk dari bencana alam, termasuk kemungkinan kebocoran nuklear, kata beliau.

"Memang kejadian alam sekitar tidak selalu dapat diramalkan oleh alat-alat sains, jadi sangat penting bagi mana-mana kerajaan melabur dalam sains infrastruktur dan tenaga terlatih untuk mencapai tahap keupayaan teknikal kelas dunia," kata beliau ketika meninjau stesen meteorologi Jabatan Perkhidmatan Meteorologi (MSD) di Cameron Highlands, yang turut menempatkan stesen radionuklida dikendalikan oleh Agensi Nuklear Malaysia.

MSD mempunyai dua stesen Global Atmospheric Watch (GAW) wilayah yang terletak di Cameron Highlands dan Petaling Jaya, dengan stesen GAW utama terletak di Lembah Danum, Sabah.

Stesen GAW Cameron Highlands mengukur gas di kawaan tropika separa membangun, stesen Petaling Jaya mengukur gas di kawasan tropika bandaran sementara stesen Lembah Danum mengukur gas di sebuah hutan tropika.

"Stesen-stesen itu menyumbang kepada pemantauan perubahan iklim atmosfera di pelbagai peringkat perubahan penggunaan tanah termasuk pembangunan pertanian dan komersil," katanya.

Sementara itu, stesen RN42 radionuklida meningkatkan keupayaan pemantuan cuaca dan alam sekitar negara.

Stesen RN42 ditubuhkan di bawah Pertubuhan Perjanjian Larangan Ujian Komprehensif senjata nuklear, yang Malaysia turut tandatangani. Ia adalah salah satu daripada 80 stesen radionuklida di dunia.

"Stesen RN42 dilengkapi dengan kemudahan yang mempunyai kemampuan dan sensitiviti tinggi untuk mengesan kewujudan jumlah radionuklida paling halus(zarah radioaktif di udara).

"Setakat ini, pengesanan menunjukkan bahawa tahap radioaktif kita adalah normal dan selamat," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan