Ahli Parlimen Kapar Terima CD Video Seks

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa menerima sampul surat mengandungi cakera padat (CD) video seks membabitkan pelaku mirip Ketua Pembangkang di Kapar, Klang semalam.

Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira 10.30 pagi ini untuk membuat laporan polis itu, sebelum beredar keluar setengah jam kemudian.

"Semalam saya melawat pejabat Pusat Khidmat Parlimen Kapar. Saya mendapati satu surat telah diterima yang dialamatkan kepada saya dan bertanda pos negara Thailand.

"Saya mendapati ada satu CD di dalamnya dan selepas menonton, video ini sama dengan video yang ditayangkan oleh kumpulan Datuk T di Carcosa Seri Negara. Oleh itu, saya meminta siasatan dibuat terhadap mereka yang menyebarkan CD ini," katanya kepada pemberita.

Pada 21 Mac lepas, video seks yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipertontonkan kepada beberapa wartawan oleh kumpulan Datuk T yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Siasatan polis itu bermula selepas Anwar membuat laporan polis dan menafikan dirinya pelaku dalam video seks itu. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan