Sumpah Laknat Tiada Kaitan Dengan Umno

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersumpah laknat bahawa pelaku dalam video seks adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tindakan peribadi yang tiada kena mengena dengan Umno dan kerajaan.

"Mana-mana individu yang dia rasa ingin buat sumpah laknat. Itu terpulang kepadanya. Kita tak galakkan dan kita tak halang.

"Dan saya fikir semua orang patut bersikap sedemikian. Mana-mana parti politik harus ambil sikap bahawa ia soal peribadi," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PTWC) di sini, Jumaat. Shazryl Eskay bersumpah laknat demikian pada pukul 4.15 petang di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, Jumaat.

Najib berkata, apa yang berlaku itu pada kesudahannya akan dinilai oleh rakyat.

Mengenai anggapan Anwar bahawa sesetengah media dilabelkan ejen Umno untuk menjatuhkannya, Najib menjelaskan, media hanya menjalankan tanggungjawab masing-masing.

"Bila dikaitkan dengan kes tertentu, surat khabar kena membuat liputan," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menyifatkan Anwar sebagai "pakar dendam" kerana sering mendendami media tertentu.

Sementara itu, Najib memberitahu, MT turut meluluskan cadangan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-65 pada 11 Mei ini.

Katanya, antara aktiviti yang bakal diadakan termasuk tahlil, solat berjemaah dan penyampaian anugerah kepada tokoh Melayu terbilang.

Tambahnya, terdapat penambahbaikan pada penganugerahan kali ini kerana ia melibatkan kategori wanita.

"Nama tokoh lelaki dan wanita Melayu terbilang dirahsiakan sehingga pada hari tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, mesyuarat tersebut turut membincangkan pencapaian Barisan Nasional (BN) dalam keputusan pilihan raya Sarawak baru-baru ini dan proses transformasi yang akan dilakukan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan