SPRM Anggap Peranan Media Massa Penting Untuk Ubah Masyarakat

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) melihat peranan media massa terutamanya media elektronik dan bahan cetak amat penting bagi memastikan masyarakat berwaspada dengan ancaman rasuah dan kesannya terhadap agama, bangsa dan negara.

Menurut laporan tahunan 2010 SPRM, pendekatan melalui media massa dilihat mampu memberi liputan yang luas dan efektif dalam penyampaian mesej-mesej anti rasuah.

Mesej-mesej mengenai prinsip moral yang baik, etika, budaya kerja, penderitaan dan kesengsaraan kerana perbuatan rasuah, penerangan dan pendidikan undang-undang rasuah akibat gejala rasuah disampaikan secara meluas di saluran-saluran media massa.

Wawancara dan kenyataan media mengenai rasuah telah disiarkan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM), radio-radio universiti, Media Prima Bhd dan Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Astro).

Kempen kesedaran melalui iklan antara 30 hingga 60 saat turut diterbitkan oleh SPRM di media-media massa dari semasa ke semasa sepanjang tahun lepas.

Usahasama dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memaparkan kapsul-kapsul dan iklan kesedaran di papan billboard juga telah dijalankan.

Antara PBT yang memberikan kerjasama adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Melaka, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Kota Baharu dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan