Pandangan Jauh Malaysia Jalin Hubungan Dengan China Pada 1974 Hasilkan Dividen:Najib

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat berkata "keputusan Malaysia yang berpanjangan begitu jauh" dalam menjalin hubungan diplomatik dengan China pada 1974, telah menghasilkan dividen.

Perdana Menteri berkata China adalah rakan niaga Malaysia terbesar di peringkat global, manakala Malaysia pula merupakan rakan niaga China terbesar dari rantau Asean.

"Keputusan itu telah menjadikan China sebagai "sahabat, bukan seteru; kawan bukan lawan; rakan, bukan pesaing," katanya.

Malaysia adalah negara Asia Tenggara pertama yang menjalin hubungan dengan China pada 1974, dan langkah itu kemudiannya segera menjadi ikutan negara anggota Asean lain, kata Najib semasa berucap pada Forum Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Malaysia-China di sebuah hotel di sini.

Ia turut dihadiri Perdana Menteri China Wen Jiabao, yang tiba semalam untuk melakukan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.

Najib berkata melalui kerjasama yang dijalin di segenap peringkat kebangsaan, serantau dan global kedua-dua negara serta rakyat masing-masing akan dapat memanfaatkan potensi sebenar mereka serta mendapat tempat di barisan hadapan masyarakat baru global.

"Walaupun negara dan rakyat kita memiliki keunikan tersendiri daripada segi kemahiran, ciri dan budaya, tetapi kita disatukan oleh semangat untuk memajukan negara dan keyakinan teguh terhadap kuasa syarikat serta peluang," katanya.

Najib berkata kehadiran begitu ramai peserta, kira-kira 1,000 orang, pada forum itu membuktikan wujudnya hubungan kukuh dan berkekalan antara China dan Malaysia, di samping fokus ekonomi yang tidak berubah dan kepimpinan perdana menteri China yang berpandangan jauh.

"Saya dapati kunjungan beliau bukan saja dinanti-nantikan oleh masyarakat Cina kami, tetapi juga oleh semua rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Wen berkata China dan Malaysia merupakan jiran rapat yang telah meningkatkan kepercayaan antara satu dengan lain serta menjalin komuniksi secara rapat berkaitan isu dua hala, serantau dan antarabangsa.

"Malaysia adalah negara Asean pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan China. Rakyat China kagum dengan kemajuan dan pembangunan Malaysia. Kita menyokong satu sama lain dalam semua isu," katanya.

Wen berkata hubungan antara kedua-dua negara mencapai tahap baru apabila Najib memilih China sebagai negara pertama yang dilawatinya selepas mengambil alih jawatan perdana menteri Malaysia dua tahun lepas.

"China dan Malaysia menjadi rakan akrab yang menyokong satu sama lain. Seiring dengan kemajuan yang dicapai daripada segi hubungan, kepentingan bersama kita juga meningkat dan rakyat pula menikmati lebih banyak manfaat.

"Apabila China semakin maju, keperluannya untuk meningkatkan hubungan dengan negara lain, termasuk Malaysia, akan turut meningkat," kata beliau.

Mengenai kerjasama dalam bidang pengajian tinggi, Wen berkata kini lebih 10,000 pelajar China melanjutkan pelajaran di Malaysia dan ini menjadikan China sumber terbesar pelajar asing bagi negara ini.

"Seramai 4,000 pelajar Malaysia pula menuntut di China dan mereka ini menjadi duta yang mengeratkan lagi hubungan Malaysia-China," kata beliau.

Selepas menghadiri forum perniagaan itu, Wen mengadakan pertemuan peribadi selama 30 minit dengan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebelum berlepas ke Jakarta.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Abdullah berkata mereka bertukar pendapat tentang beberapa bidang, termasuk perubatan tradisional dan Islam serta industri halal.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan