Mohd Noor Yaacob Dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II Datuk Mohd Noor Yaacob dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa 1 Mei ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata Mohd Noor menggantikan Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim yang dilantik Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bermula tarikh yang sama.

Pelantikan Mohd Noor dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam menyelaras dan melaksanakan pembangunan fizikal projek-projek kerajaan semasa memegang pelbagai jawatan sebelum ini, katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Berkelulusan dalam bidang Sarjana Kejuruteraan Awam dari Universiti Malaya, Mohd Noor berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri Johor dari tahun 2000-2005 sebelum dilantik Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia dan kemudiannya Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II.

Mohd Sidek merakamkan penghargaan bagi pihak kerajaan terhadap sumbangan Judin terutama sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya sejak 2007.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan