Majlis Sumpah Laknat Eskay Dibatalkan - Berita Semasa | mStar

Majlis Sumpah Laknat Eskay Dibatalkan

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis angkat sumpah laknat salah seorang trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah dibatalkan ekoran kekecohan yang berlaku dalam ruang solat utama Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di sini, Jumaat.

Pembatalan upacara angkat sumpah berkenaan diumumkan Pengerusi Masjid, Abdul Razak Husin kira-kira pukul 2.30 petang.

Kira-kira 2,500 orang memenuhi ruang masjid berkenaan.

"Saya difahamkan angkat sumpah yang dijadual diadakan oleh pihak-pihak tertentu itu telahpun dibatalkan.

"Saya merayu kepada tuan-tuan supaya beredar daripada runag solat ini bagi mengelakkan suasana terus tegang.

"Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, hanya sekadar mahu memastikan kesucian masjid tidak tercemar," katanya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan di pihak Shazryl Eskay sama ada majlis berkenaan benar-benar dibatalkan ataupun dipinda tempat.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan