Majlis Angkat Sumpah Laknat Kecoh

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis angkat sumpah lakmat salah seorang trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dijadual diadakan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, Jumaat kecoh apabila jemaah dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk ke ruang solat utama di hadapan mimbar masjid.

Suasana menjadi tidak terkawal sekitar pukul 2.10 petang apabila mereka melaungkan takbir sambil dipercayai bagi menghalang majlis angkat sumpah diadakan.

Bagaimanapun Shazryl Eskay yang pada mulanya dijadual turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan masih belum hadir ketika berita ini ditulis.

Kekecohan seterusnya berlaku apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin masuk ke ruang solat di tengah-tengah kekecohan berkenaan.

Shamsul Iskandar kemudiannya dijulang oleh penyokong PKR sambil menunjukkan buku 'Qazaf' - hukum Islam.

Ketegangan terus berlaku apabila penyokong yang dipercayai di pihak Shazryl Eskay bertindak mengganggu ceramah ringkas Shamsul Iskandar.

Penyokong PKR kemudiannya menunaikan solat sunat hajat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan