Konvensyen Wasatiyyah Perjelas Islam Sebenar - Berita Semasa | mStar

Konvensyen Wasatiyyah Perjelas Islam Sebenar

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konsep wasatiyyah yang menjadi tunjang kekuatan Islam kini semakin dilupakan mengakibatkan timbul salah faham dan agama itu dipandang serong oleh penganut agama lain.

Presiden Nadi Dialog Malaysia (NADI), Tan Sri Mohamed Yusof Mohamed Noor berkata, sudah sampai masanya konsep itu diketengahkan semula dan meletakkannya di tempat yang sewajarnya.

"Sebagai mendokong saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu konsep wasatiyyah diketengahkan, difahami dan dihayati menerusi perlakuan dan akhlak masyarakat Islam dan bukan Islam, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

"Atas kesedaran itu, NADI dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan Konvensyen Wasatiyyah yang akan mengupas isu kesederhanaan dalam kehidupan manusia di Putrajaya mulai 9 Jun ini selama tiga hari," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Hadir sama termasuk Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda.

Najub dijadualkan merasmikan konvensyen berkenaan manakala Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyempurnakan masjlis penutup. Mohamed Yusof berkata, pada konvensyen yang pertama kali dianjurkan beberapa tokoh tempatan dan antarabangsa termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ulama Amerika Syarikat, Imam Feisal Abdul Rauf akan hadir selain tokoh agama dari rantau Asia Tenggara.

Dalam pada itu, beliau berkata, penganjuran konvensyen yang akan dibuat secara bersiri itu bagi menerangkan kepada orang bukan Islam bahawa Islam adalah agama yang mampu menyelesaikan permasalahan dunia.

"Pelbagai salah faham tentang Islam, melalui konvensyen ini yang turut menjemput tokoh-tokoh bukan Islam, kita akan terangkan kelebihan-kelebihan wasatiyyah," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan