Shahrizat Minta Masyarakat Contohi Ong

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyeru orang ramai mencontohi semangat kekeluargaan yang ditunjukkan oleh mendiang Ong Kim Koon yang menjadi mangsa langgar lari ketika menolong mangsa kemalangan jalan raya dua minggu lepas.

Beliau berkata sikap sedemikian perlu wujud dalam diri semua rakyat Malaysia dalam memberi bantuan kepada orang yang memerlukan dengan tidak mengira bangsa, agama dan negara.

"Saya amat tersentuh dengan sikap yang ditunjukkan oleh Encik Ong walaupun mangsa yang beliau tolong tidak sama bangsa dengannya.

"Oleh kerana kita semua rakyat malaysia, beliau sanggup mempertarungkan nyawanya membantu mangsa demi kerana beliau mempunyai semangat untuk membuat kebajikan," katanya.

Ong, 52, telah menyelamatkan sepasang suami isteri yang tersepit dalam kereta dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Tesco Ampang pada 14 April lepas dan meninggal dunia pada Jumaat lepas.

Ketika Ong cuba mengeluarkan mangsa, sebuah van Toyota Estima yang dipandu laju merempuh Ong dari belakang dan menggilis kaki kanannya manakala pemandu van itu melarikan diri dan berikutan kejadian terbabit, kaki kanannya terpaksa dipotong.

Shahrizat berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,300 daripada Yayasan Kebajikan Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Ampang kepada isteri Ong, Lan Chooi Lin, 51, di kediamannya di Pandan Mewah Ampang, Selangor.

Beliau berkata mendiang yang mempunyai tiga orang anak merupakan seorang yang suka melakukan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan di kawasan kediamannya itu.

"Kerja-kerja kebajikan itu sudah menjadi lumrah dan kebiasaan dalam hidup beliau. Beliau seorang suami dan juga bapa yang baik dan bertanggungjawab," kata Shahrizat.

Sementara itu, anak mendiang, Ong Kah Wei, 20, berkata bapanya telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang pada Khamis kira-kira pukul 9 malam selepas mengalami tekanan darah rendah.

"Doktor beritahu badan ayah saya sudah kuning sebab hatinya telah dijangkiti kuman. Doktor telefon minta kami datang ke hospital sebab keadaan bapa sangat teruk dan dalam pukul 12 malam dia disahkan meninggal," katanya.

Kah Wei berkata bapanya seorang bapa yang baik dan suka bantu orang yang dalam kesusahan.

"Ayah very good father...dia suka tolong orang, dulu masa dia muda ada satu lelaki terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kepalanya cedera dan bapa bantunya. Doktor cakap kalau lelaki itu lambat dihantar ke hospital dia akan mati," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan