Perdana Menteri China Jumpa Komuniti Cina Dari China Dan Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Wen Jiabao yang melakukan lawatan rasmi ke Malaysia, pada Khamis meluangkan masa setengah jam mengadakan pertemuan dengan komuniti Cina dari negaranya dan juga Malaysia.

Perjumpaan itu yang diadakan di sebuah hotel di sini dihadiri lebih 400 orang.

Kumpulan itu terdiri daripada petugas kedutaan China dan anggota keluarga mereka, pelabur dan ahli perniagaan dari China yang berada di negara ini serta pelajar China yang menuntut di sini.

Komuniti Cina di Malaysia antaranya terdiri daripada usahawan dan pelbagai pemimpin persatuan Cina di Malaysia.

Antara yang hadir ialah Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Tan Sri William Cheng dan Setiausaha Agung Persatuan Persahabatan Malaysia-China yang juga Pengarah Urusan Hai-O Enterprise Bhd Tan Kai Hee.

Tan berkata antara lain, Wen menasihati komuniti Cina dari negara itu agar hidup aman damai di samping rakyat Malaysia.

"Patuhi undang-undang. Hidup baik-baik dengan kaum lain. Dia harap semua bangsa dan budaya bersatu-padu," kata Tan selepas perjumpaan itu.

Bagaimanapun, Tan berkata Perdana Menteri itu tidak menyentuh isu politik dan ekonomi dalam pertemuan berkenaan yang diadakan secara tertutup.

Tan menggambarkan pemimpin China itu sebagai seorang yang baik hati.

"Saya rasa dia seorang Perdana Menteri yang prihatin. Masa bercakap dia minta sediakan kerusi untuk mereka yang hadir yang sudah berumur. Perkara remeh-temeh pun dia pentingkan...ini menunjukkan dia seorang pemimpin yang amat prihatin," katanya.

Wen tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi dua hari ke Malaysia yang diiringi 118 anggota delegasi termasuk empat orang menteri. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan