Kerajaan Kedah Ada Kuasa Sambung Rebat Tanah Bukan PTG - Ahmad Bashah

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah perlu membuat keputusan sendiri berhubung sambungan rebat tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) dan bukannya menyerahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk menguruskannya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata sepatutnya perkara itu dibawa ke mesyuarat majlis kerajaan negeri, bukannya diserah kepada PTG kerana PTG juga berada di bawah kuasa kerajaan negeri.

"Perkara itu tidak perlu diserahkan kepada PTG kerana kuasa sepenuhnya terletak pada kerajaan negeri dan jika PTG tidak setuju dengan penyambungan semula rebat, kerajaan negeri boleh melakukan sesuatu," katanya selepas melepaskan Konvoi Malaysian International Classic Biker Festival 2011 di perkarangan Balai Besar di sini, Khamis.

Ahmad Bashah berkata beliau melihat Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak seolah-olah lepas tangan kerana memberi tanggungjawab menyelesaikan perkara itu kepada PTG sedangkan kuasa terletak pada kerajaan negeri.

Sebelum ini, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan UUM mendakwa kerajaan negeri menaikkan cukai tanah sebanyak 10 kali ganda kepada institusi pendidikan itu, iaitu sehingga RM1.8 juta setahun berbanding sebelum ini RM150,000 ketika Kedah diperintah Barisan Nasional.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh Azizan yang mengatakan kerajaan negeri terdahulu memberi rebat cukai tanah selama dua tahun dari Januari 2006 hingga Disember 2008 dan setelah tempoh itu berakhir, UUM perlu membayar kadar penuh semula, tetapi UUM masih boleh mengemukakan rayuan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan