Umno Kedah Lipat Ganda Tarik Sokongan Kaum Wanita

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Umno Kedah sedang melipatgandakan usaha untuk menarik lebih banyak sokongan wanita muda dan memastikan mereka terus menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata menurut statistik, pola pengundian pilihan raya akan datang di Kedah dipengaruhi kuat oleh golongan wanita muda.

Katanya berdasarkan warta yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 31 Disember lalu, Kedah kini mempunyai 909,951 pemilih berdaftar untuk Pilihan Raya Umum ke-13 jika diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu 455,079 atau kira-kira 50 peratus merupakan golongan wanita dengan 298,297 daripadanya berusia di bawah 40 tahun.

Mukhriz berkata demikian semasa berucap di Majlis Penutup Program Jalinan Silaturrahim Wanita Muda anjuran Pergerakan Puteri Umno Sungai Petani di Tikam Batu dekat sini semalam, dan majlis turut dihadiri Naib Ketua Pergerkan Puteri Umno yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Sungai Petani Shahanim Mohd Yusof.

Pada majlis itu, Mukhriz turut melancarkan sebuah kenderaan khas Skuad Sukarelawan Perubatan Puteri Umno Sungai Petani khusus digunakan bagi membantu merawat pesakit dari rumah ke rumah, terutama di kawasan pedalaman.

Kenderaan itu juga dapat memberi khidmat yang lebih mampan untuk membawa keluar pesakit khususnya dari kalangan kurang mampu untuk dibawa segera ke hospital atau klinik kesihatan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan