Selangor Belanja RM600,000 Senggara Papan Iklan Mansuh ISA

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM600,000 bagi penyenggaraan papan-papan iklan sempena kempen memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perkara tersebut telah diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Beliau menjangkakan kempen itu akan dijalankan selewat-lewatnya Jun ini.

"Kerajaan negeri setuju untuk jalankan program penerangan dengan papan iklan akan dipasang di setiap 56 kawasan DUN. Kempen akan mula berjalan dalam satu ke dua bulan lagi.

"Kita akan tender projek dengan pejabat penerangan Menteri Besar akan mengadakan sesi penerangan kepada rakyat tentang pemansuhan ISA," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan SUK di sini Rabu.

Ketika ditanya mengenai dana RM600,000 itu, Abdul Khalid berkata ia merupakan peruntukan kerajaan Negeri yang dipindahkan ke Menteri Besar Diperbadankan (MBI).

"Duit itu dalam Kerajaan Negeri dan dipindahkan ke MBI untuk mendirikan papan iklan dengan meletakkan gambar-gambar sesuai untuk dilihat rakyat," katanya.

Abdul Khalid berkata, melalui kempen itu nanti kerajaan negeri akan memberi peluang kepada wakil rakyat yang pernah ditahan di bawah akta ISA antaranya ialah M Manoharan (Kota Alam Shah), Shaari Sungip (Hulu Kelang) dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

“Program ini bertujuan untuk memberitahu masyarakat tentang usaha kerajaan negeri menentukan kebebasan bersuara di Selangor.

“Ia akan diuruskan oleh Sekteriat Penerangan Pejabat Menteri Besar Selangor yang dikenali sebagai ‘Layar Rakyat’,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan