Kenyataan Raja Petra Mesti Dimasukkan Dalam Kertas Siasatan - Ghani Patail - Berita Semasa | mStar

Kenyataan Raja Petra Mesti Dimasukkan Dalam Kertas Siasatan - Ghani Patail

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kenyataan Raja Petra Kamaruddin perlu dimasukkan dalam kertas siasatan polis terhadap penulis blog itu, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail.

Beliau berkata berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai siasatan terhadap Raja Petra, yang juga dikenali sebagai RPK, yang didakwa memberi maklumat palsu mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Saya belum tahu lagi siasatan itu sebenarnya mengenai apa. Saya hanya boleh komen selepas polis menyerahkan kertas siasatan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Kenyataan daripada Raja Petra mesti dimasukkan dalam kertas siasatan memandangkan dia adalah subjek siasatan itu, kata Abdul Ghani.

Semalam Bernama melaporkan bahawa RPK kini disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung akuan bersumpahnya mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, empat tahun lepas. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan