Had Jual Nasi Lemak Di Sekolah Belum Muktamad - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kementerian Pelajaran belum memuktamadkan peraturan mengehadkan penjualan nasi lemak di semua kantin sekolah sebaliknya perkara itu akan dibincangkan bagi mendapatkan maklum balas semua pihak terutama pengusaha kantin, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Pelajaran belum mengadakan apa-apa perbincangan dengan pihak Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu dan menyifatkan isu berkenaan bukan terlalu sukar untuk diselesaikan.

"Banyak kenyataan adalah daripada Kementerian Kesihatan sendiri yang mungkin berdasarkan aspek kesihatan, makanan seimbang dan sesuai supaya tidak berlaku kegemukan (di kalangan pelajar sekolah).

"Saya akan berbincang dengan pegawai di Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan untuk meneliti menu yang sebaik mungkin. Ia (isu) tidak begitu susah (diselesaikan), (makanan) yang mana sesuai, enak dimakan dan tidak membawa kesan ketara kita tidak perlu halang (penjualannya)," katanya kepada pemberita selepas menutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh di sini Selasa.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika diminta mengulas langkah beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam mendesak kerajaan menarik balik peraturan mengehadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana ia memberi impak negatif kepada pengusaha kantin dan peniaga nasi lemak.

Muhyiddin berkata makanan di sekolah merupakan sebahagian pemakanan pelajar dalam kehidupan seharian mereka, manakala selepas waktu persekolahan adalah menjadi tanggungjawab keluarga membimbing mereka untuk tidak mengambil makanan terlalu berlemak dan kurang zat.

"Peranan tidak harus terbatas kepada pihak pengusaha kantin dan pengurusan sekolah malah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), keluarga, pakar yang boleh beri nasihat tentang menu yang seimbang juga perlu diambil kira. Jadi jangan bimbang, saya jamin nasi lemak dan makanan yang baik masih ada," katanya.

Beliau meminta semua pihak memberi masa kepada Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan pihak yang berkenaan untuk meneliti perkara itu di samping memberi peluang kepada pihak kantin sekolah membuat pengubahsuaian terhadap menu makanan.

Katanya Kementerian Pelajaran tidak boleh memberi arahan atau menukar peraturan penjualan makanan di kantin sekolah secara mendadak kerana ia akan merugikan dan menyusahkan para peniaga.

"Saya mengambil kira semua aspek sebelum buat keputusan...kita juga akan mendengar pandangan daripada pengusaha kantin dan penjual nasi lemak. Kita beri perhatian kepada pandangan semua pihak," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan