Ringgit Paling Kukuh Pada Tahap 2.99 Dalam 13 Tahun

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun pada 2.99 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) buat pertama kalinya Isnin, berikutan minat belian yang kukuh dari luar negara, kata seorang pedagang mata wang.

Pada 11.40 pagi, ringgit didagangkan pada 2.9945/9975 berbanding dolar AS, paras tertinggi sejak Oktober 1997.

"Terdapat permintaan kukuh untuk mata wang tempatan dari bank-bank luar negara memandangkan ringgit masih di bawah nilai selain pelabur yakin terhadap pasaran saham dipacu oleh Program Transformasi Ekonomi," kata pedagang itu kepada BERNAMA.

Beliau berkata ringgit masih di bawah nilai sedangkan semua mata wang Asean sudah pulih daripada krisis mata wang 1997, dengan ada antaranya kembali kepada paras prakrisis.

"Trend untuk ringgit mencatat paras yang paling kukuh sudah wujud sejak dua minggu lepas dan ia akan menarik lebih banyak pelabur tempatan dan asing ke dalam pasaran tempatan," katanya.

Pedagang itu menjangkakan ringgit akan terus meningkat antara paras 2.80 hingga 2.85 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun, bergantung kepada dasar monetari Bank Negara Malaysia.

Antara sebab ringgit yang kukuh ialah trend peningkatannya yang selari dengan mata wang Asia lain, berikutan spekulasi bank-bank pusat di rantau ini akan menaikkan kadar faedah untuk melegakan inflasi.

Kadar faedah yang tinggi juga bermakna pulangan yang baik ke atas aset-aset tempatan.

"Ringgit juga mengukuh berikutan dolar AS yang lemah memandangkan dana-dana dipindahkan ke pasaran membangun, ketika pembuat dasar di Jepun dan AS mengekalkan kadar-kadar penanda aras kepada hampir angka sifar minggu ini," kata pedagang itu.

Beliau berkata masih ada tanda-tanda penurunan dollar US yang akan terus menyokong ringgit, yang menambah mata wang yang kukuh akan membantu membendung inflasi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan