PKR Mahu Sekutu Pikul Beban Di Sarawak

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu dua rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat turut sama memikul beban terutamanya bagi memecahkan penguasaan Barisan Nasional (BN) di kawasan pengundi kaum Dayak di Sarawak.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, pada pilihan raya Sarawak 16 April lalu, parti itu terpaksa bertanding di 24 kerusi walaupun menyedari sukar dimenangi bagi mengelakkan BN menang tanpa bertanding di kawasan berkenaan.

"Saya secara peribadi katakan bahawa tanggungjawab itu perlu dipikul secara bersama dan bukan sahaja oleh PKR," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Bagaimanapun menurut Mohd Rafizi, PKR tidak kisah walaupun terpaksa 'menebas lalang' bagi membuka laluan untuk memperkenalkan Pakatan Rakyat di Sarawak.

"Pilihan raya ialah berkaitan tentang kekuatan di peringkat bawah. PKR tak kisah untuk kita pikul beban berkenaan untuk tebas lalang," katanya.

Namun katanya, sekiranya Pakatan Rakyat mahu menguasai Sarawak, semua komponennya termasuk DAP dan PAS perlu turun padang mendekati rakyat dan pengundi.

Menurut beliau, walaupun sesetengah kawasan sudah menjadi kubu kuat BN, namun usaha secara berterusan mampu memperkenalkan Pakatan Rakyat yang lebih dikenali sebagai parti yang bertapak di Semenanjung.

"Kita faham ada parti yang mempunyai peluang cerah untuk menang, tapi kalau kita nak perubahan, seseorang perlu turun ke bawah dan berkerja walaupun kita hanya dapat 1,000 atau 500 undi.

"Tapi kalau kita tak buat kerja, tak pernah turun ke bawah, kita tak boleh jangka pengundi akan sokong kita kerana mereka tak pernah tengok lambang roket (DAP) atau tak pernah tengok lambang mata (PKR)," katanya.

Justeru katanya, isu berkaitan bebanan tanggungjawab berkenaan akan dibawa dalam mesyuarat post-mortem sekretariat Pakatan Rakyat esok.

Pada pilihan raya negeri itu, Pakatan Rakyat bertanding di 69 kerusi daripadsa 71 kerusi yang dipertandingkan dengan PKR meletakkan 49 calon walaupun pada asalnya parti itu hanya menawarkan diri bertanding di 25 kerusi.

Sementara DAP dan PAS masing-masing mempertaruhkan 15 dan 5 calon bertanding.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan