Permohonan Paten Harta Intelek Catat Peningkatan - Ismail Sabri

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Permohonan paten untuk didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) meningkat sedikit tahun ini dengan 1,474 permohonan dalam tempoh tiga bulan pertama, berbanding 1,469 bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah permohonan cap dagangan turut meningkat dengan 6,578 permohonan diterima sejak Januari hingga Mac lepas berbanding 5,794 bagi tempoh yang sama tahun lalu.

"Peningkatan ini jelas menunjukkan kesedaran yang tinggi terhadap perlindungan harta intelek di negara ini," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Intelek Negara 2011, di sini, Selasa.

Ismail Sabri berkata walaupun terdapat peningkatan, pihaknya kini berusaha untuk menggalakkan permohonan harta intelek daripada kalangan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Golongan itu ketika ini didapati masih belum mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap pengurusan harta intelek mereka, katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata MyIPO menerima lima permohonan paten dan sembilan permohonan cap dagangan bagi pemeriksaan dipercepatkan.

Beliau berkata sistem yang berkuat kuasa 15 Feb lepas itu bertujuan menambah baik penyampaian MyIPO dengan memendekkan tempoh pendaftaran harta intelek.

"Dengan sistem ini, tempoh pendaftaran paten ialah 20 bulan dari tarikh permohonan difailkan dan enam bulan tiga minggu bagi cap dagangan," katanya.

Pada majlis sambutan itu Ismail Sabri turut melancarkan edisi pertama MyIP Buletin yang bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai harta intelek.

Buletin percuma itu diterbitkan pada April dan Oktober setiap tahun. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan