Penting Siasat Latar Belakang Pekerja Elak Tertipu

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat disaran supaya mengadakan pemeriksaan latar belakang seseorang yang ingin diambil bekerja bagi mengelakkan berlaku penyelewengan atau penipuan.

Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Akhbar Satar berkata syarikat tempatan perlu mengambil contoh syarikat antarabangsa di negara ini yang sanggup melaburkan sedikit wang semata-mata untuk mendapatkan maklumat latar belakang pekerja baru mereka.

"Tidak dinafikan, syarikat-syarikat di negara ini memang ada yang melakukan pemeriksaan ini, tapi jumlahnya tidak sehebat syarikat antarabangsa.

"Mereka (syarikat tempatan) main ambil pekerja kerana ingin jimatkan wang.

"Tapi mereka tidak fikir kesan jangka panjang kerana sekiranya mereka tersalah pilih pekerja, mereka juga akan merana kerana dibebani penipuan dan penyelewengan yang berpanjangan," katanya kepada pemberita.

Beliau sebelum itu membentangkan kertas kerja bertajuk "The Profile & Red Flags Of Fraudsters" pada Simposium Membanteras Penyelewengan dan Penipuan di sini, Selasa.

Akhbar berkata kesan jangka panjang boleh dilihat sekiranya sesebuah syarikat tersalah pilih pegawai yang diambil bekerja. "Bayangkan, masa ambil bekerja umur dia 24 tahun, pencen pula umur 56 atau 58. Kemudian dia sudah tunjuk "taring" buat penipuan dalam syarikat. Tapi kita tak boleh berpatah balik atau buang dia bekerja kerana kita mesti ikut undang-undang buruh dan sebagainya.

"Jadi padahnya kenalah tanggung penipuan dan penyelewengan itu selama 34 tahun. Bukankah ia satu kerugian dan ini tidak akan timbul sekiranya mereka lakukan siasatan latar belakang," katanya.

Beliau berkata pemeriksaan latar belakang yang dianggap maklumat sangat penting dianggarkan hanya menelan belanja sekitar RM 1,250 hingga RM4,000 boleh menentukan adakah seseorang itu pernah mencuri atau dibuang kerja di sesuatu jabatan.

"Kalau dia pernah dibuang kerja atas sebab-sebab penipuan, kita tak akan tahu melainkan bila buat siasatan latar belakang," kata beliau. Akhbar berkata bahawa ada kajian yang menunjukkan antara ciri-ciri seorang penipu adalah pekerja yang balik lewat malam dengan alasan bebanan kerja.

"Kalau seseorang pekerja balik lambat mesti orang lain ingat dia pekerja yang rajin dan sebagainya. Namun sebenarnya itulah masa yang amat sesuai untuk dia buat penipuan, curi dan jual maklumat atau sebagainya. "Si penipu ni fikir banyak benda dia boleh buat. Dia boleh masuk bilik bos, buka sistem ambil maklumat dan ia (maklumat) boleh dijual dengan berharga sekali di luar," katanya.

Beliau berkata si penipu juga selalunya seorang yang berpewatakan menarik dan pandai berkata-kata selain dilihat hidup mewah melebihi kemampuan walaupun bergaji kecil.

"Pihak syarikat juga akan mudah tertipu dengan mengambil dia bekerja kerana si penipu ini amat pandai bermain berkata-kata dan boleh menyakinkan bahawa dia adalah orang yang amat layak memegang jawatan tersebut," katanya.

Akhbar berkata mereka yang suka berjudi juga dilihat mereka yang tergolong dalam golongan orang yang suka membuat penipuan dan penyelewengan kerana sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi tabiat mereka.

Simposium sehari tersebut turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed yang membentangkan kertas kerja bertajuk "Pembanterasan Rasuah/Penyelewengan & Penipuan". -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan