Kaunter Aduan Akan Di 25 PPR Bermula Mei - Saravanan

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan membuka kaunter aduan awam di 25 Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam pada setiap Ahad bermula 8 Mei ini.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk M. Saravanan berkata kaunter yang dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 2 petang itu adalah untuk mengenalpasti masalah serta kesulitan yang membelenggu penghuni PPR di bandar raya ini serta menerangkan dasar-dasar kerajaan.

"Kita terima pelbagai aduan daripada penghuni PPR seperti sewa tertunggak yang tidak dibayar sehingga 10 tahun akibat gaji yang kecil yang akan menyebabkan mereka boleh diusir keluar dari unit yang mereka tinggal.

"Kita buka kaunter ini dan saya sendiri akan turun padang dan bersemuka dengan penghuni untuk melihat sendiri dan cuba mencari jalan penyelesaian terhadap kesulitan yang dihadapi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kepada 855 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 dari 45 sekolah dalam Parlimen Titiwangsa anjuran Yayasan Pendidikan Titiwangsa (YPT) di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi YPT Datuk Astaman Abd Aziz.

Saravanan turut meminta menyeru pemimpin parti di peringkat akar umbi supaya lebih proaktif dalam menjaga kebajikan rakyat agar bantuan serta dasar kerajaan sampai kepada pengetahuan golongan sasar. "Saya ada terima aduan, ada penghuni PPR tidak tahu bahawa mereka layak menerima bantuan RM2,500 menerusi Skim Prihatin 1Wilayah Persekutuan jika anggota keluarga meninggal dunia," katanya.

Sementara itu Astaman berkata YPT mengeluarkan dana sebanyak RM186,800 bagi meraikan pelajar cemerlang berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan