Beberapa Industri Negara Ini Berpeluang Tingkat Eksport Ke Jepun

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa industri tempatan berpeluang meningkatkan jumlah eksport produk masing-masing ke negara Jepun ekoran rancangan negara itu untuk membina semula beberapa wilayahnya yang terjejas teruk akibat gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berkata industri-industri tersebut antaranya termasuk yang berkaitan dengan produk kayu, khususnya papan lapis, produk getah dan petrokimia.

"Permintaan terhadap produk kayu dijangka meningkat hasil pembinaan semula kawasan yang terjejas terus, manakala produk getah untuk aktiviti menyelamat dan dalam bidang kesihatan," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Negara di sini Selasa.

Katanya kerajaan Jepun memperuntukkan bajet tambahan RM147 bilion (4 trilion yen) untuk membangunkan semula wilayah terjejas termasuk menyasarkan untuk menyiapkan 60,000 buah rumah sementara pada akhir Jun ini.

Ini katanya dijangka akan memberi peluang kepada pengamal industri produk kayu, batu batan dan jubin tempatan untuk meningkatkan jumlah eksport, memandangkan Malaysia pada masa ini merupakan pembekal utama produk tersebut ke Jepun.

Selain itu, industri petrokimia tempatan juga akan menerima manfaat jangka pendek dengan penutupan empat buah kilang petrokimia Jepun dan beberapa lagi kilang petrokimia negara itu yang terpaksa beroperasi dengan kapasiti yang rendah.

"Oleh itu industri petrokimia Malaysia mempunyai peluang yang cerah untuk meningkatkan eksport ke negara Jepun dan antarabangsa, bagi mengambil alih pasaran tersebut berikutan penutupan kilang di Jepun," katanya.

Mukhriz berkata Jepun merupakan rakan perdagangan terpenting di rantau Asia di mana perdagangan Malaysia ke negara itu telah mencatatkan purata peningkatan tahunan 3.2 peratus dari 2006 hingga 2010.

Tahun lalu, Jepun merupakan rakan dagangan dan destinasi eksport ketiga terbesar serta import terbesar Malaysia dengan jumlah dagangan antara kedua negara berjumlah RM132.8 bilion meningkat 23.3 peratus berbanding RM107.7 bilion pada 2009.

"Pada tahun 2010 ekpsort Malaysia ke Jepun mencecah RM66.3 bilion manakala import bernilai RM66.5 bilion. Bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 pula eksport Malaysia ke Jepun adalah RM12.3 bilion manakala import RM10.3 bilion, meningkat 12.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan