Umno Yakin Masyarakat Cina Akan Kembali Sokong BN

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Umno yakin masyarakat Cina di seluruh negara terutama di Pulau Pinang akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) dan terus mengukuhkan kedudukan parti itu sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata walaupun sokongan daripada masyarakat cina ketika ini dilihat merosot, beliau yakin perkara itu tidak akan berpanjangan.

"Saya percaya orang cina adalah kumpulan masyarakat yang menghargai apa yang telah dibuat oleh kerajaan dan mereka juga antara yang menerima kemudahan kelas pertama kerana tinggal di bandar.

"Justeru saya yakin dan positif terhadap orang Cina serta percaya mereka akan kembali menyokong BN kerana pandangan serta pemikiran mereka akan berubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jamuan 1Malaysia anjuran Umno Bahagian Batu Kawan di Juru di sini Ahad malam.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa memberi kemudahan dan bantuan yang sama rata kepada semua kaum di negara ini. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan