Tiada Lagi Poco-Poco Di Semua 10 Kem PLKN Di Perak

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Semua 10 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Perak tidak lagi mengadakan aktiviti senaman poco-poco sebagai menghormati pengharamannya oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata aktiviti itu sebaliknya diganti dengan senaman 'senam seni', iaitu jenis senaman yang biasa dilakukan peserta.

"Manakala kem yang lain di seluruh negara tidak mempunyai masalah dan terpulang kepada komander kem untuk terus mempraktikkan poco-poco dengan diselang-seli senaman senam seni ini," katanya kepada pemberita, di sini, Isnin.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang dipengerusikan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini mengharamkan tarian senaman itu di negeri tersebut kerana dikatakan bercanggah dengan Islam.

Bagaimanapun Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu itu memutuskan masyarakat Islam di negara ini boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007.

Sementara itu bermula kemasukan peserta PLKN siri ketiga tahun ini, Abdul Hadi berkata jabatan tersebut akan memperkenalkan kaedah 'i-smart' iaitu mewujudkan kelas khas kepada peserta PLKN yang buta huruf.

"Kelas khas ini kita adakan sebaik tamat sesi latihan pada setiap hari yang kita rasa boleh diadakan pada waktu petang bagi tempoh kelas selama sejam," katanya.

Beliau berkata kelas khas itu akan mendapat kerjasama daripada Jabatan Pelajaran di setiap negeri.

Bagi kemasukan peserta siri kedua pada pertengahan bulan depan, Abdul Hadi berkata seramai 43,000 peserta akan melapor diri. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan