PAS Ragu Gabungan DAP-SNAP

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS Sarawak meragui motif di sebalik hasrat DAP untuk bergabung dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang dilihat membelakangkan semangat pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

Sambil menyifatkan gabungan berkenaan sebagai 'tidak kena', Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid berkata, DAP seharusnya menumpukan kepada usaha meraih sokongan di kawasan bandar terutama pengundi Cina yang menjadi tumpuan parti itu.

"Mengapa perlunya DAP untuk bergabung dengan SNAP yang kita tahu menumpukan perhatian kepada masyarakat Dayak.

"DAP patut tahu apa tumpuan mereka, kekuatan mereka di bandar yang mempunyai ramai pengundi Cina," katanya kepada mStar Online di sini Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bergabung dengan SNAP yang disifatkan sebagai usaha bagi menggalakkan pertumbuhan, sokongan dan kekuatan bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di seluruh negara.

Lim juga berkata bahawa kemenangan DAP di 12 kerusi pada pilihan raya Sarawak 16 April lalu bukan atas sokongan kaum Cina sahaja tetapi daripada semua kaum.

Mengulas lanjut Adam berkata, jika SNAP mahu menyertai Pakatan Rakyat dan bergabung dengan mana-mana parti sekutu di dalamnya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah pilihan yang baik.

Menurutnya ia selaras dengan asas parti berkenaan yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

"Kalau SNAP nak sertai Pakatan Rakyat dengan bergabung, baik mereka bergabung dengan PKR dan bukannya DAP," katanya.

Sebelum ini Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian turut menggesa DAP memberi penjelasan terpeinci berhubung cadangan penggabungan berkenaan.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan