Ketua Pembangkang Boleh Hadiri Sidang DUN P. Pinang Mulai Jumaat

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua pembangkang Datuk Azhar Ibrahim akan dibenarkan semula menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 29 April ini setelah tempoh penggantungannya selama enam bulan berakhir bulan lepas.

Azhar dikenakan tindakan penggantungan enam bulan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN mendapati anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penaga itu melanggar peraturan berikutan mengeluarkan kata-kata berbau hasutan ketika berlaku pertikaman lidah dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng pada sidang DUN Mei lepas.

Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain berkata sidang DUN kali ini dijadual berlangsung selama lima hari selepas majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas Jumaat ini.

"Selepas majlis perasmian itu, sidang DUN ditangguh dan akan disambung pada hari Selasa iaitu pada 3 Mei ekoran hari Isnin adalah cuti gantian hari kelepasan am sempena Hari Pekerja," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan