Akta Halal Beri Lebih Kuasa Kepada JAKIM

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Undang-undang baru yang digubal untuk memperkemaskan lagi industri halal negara akan memberi lebih kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menguatkuasa penggunaan dan pengeluaran logo halal di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata undang-undang itu sedang dalam proses penggubalan oleh Penasihat Undang-undang JAKIM dan Pejabat Peguam Negara.

"Akta itu akan meliputi tindakan undang-undang dan penguatkuasaan kerana dulu tidak boleh ambil tindakan kepada mana-mana individu, syarikat swasta atau mana-mana syarikat luar yang mengeluarkan sijil kerana peruntukannya tidak diperkemaskan," katanya di sini, Isnin.

Beliau menjangka urusan mengenai akta itu dapat diselesaikan di peringkat Jakim pada tahun ini juga tetapi akan mengambil tempoh tertentu sebelum dibentang di Parlimen.

Jamil Khir juga berharap kesemua sekolah tahfiz di negara ini berdaftar dengan Jakim supaya sijil pelajar akan diiktiraf seperti peperiksaan awam lain sekali gus menjamin masa depan pelajar.

"Kalau ada persetujuan di peringkat negeri, baru boleh daftar. Kita nak sekolah agama ini jaga pelajar dan kita nak supaya sijil-sijil mereka diluluskan untuk menjaga kebajikan mereka," katanya.

Terdahulu beliau menyampaikan amanat sempena pelantikan Ketua Pengarah baru JAKIM, Othman Mustapha, berkuatkuasa semalam yang menggantikan Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang bersara wajib. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan