Akhbar Akan Terus Mampan

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penambahan dalam hasil dan bilangan pembaca menunjukkan akhbar akan terus mampan di masa depan, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Beliau berkata sejak 15 tahun lalu, dilaporkan bahawa pembacaan akhbar telah meningkat sebanyak 14 peratus sementara jumlah pembaca bagi kedua-dua akhbar bercetak dan digital meningkat kepada 17.9 juta tahun lalu berbanding 15.6 juta pada 2006.

"Akhbar akan terus kekal kerana kandungannya yang merupakan sumber bersepadu," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Mengenai Akhbar anjuran Persekutuan Persatuan Perpustakaan Antarabansga (IFLA) di sini, Isnin.

Beliau berkata perbelanjaan pengiklanan di dalam akhbar-akhbar Malaysia juga meningkat sebanyak 42 peratus kepada RM3.9 bilion tahun lalu daripada RM2.7 bilion pada 2006.

Yang turut hadir di majlis tersebuat ialah Pengurus Besar Bernama, Datuk Hasnul Hassan, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar dan Pengerusi Bahagian Akhbar IFLA, Frederick Zarndt. Maglin berkata iklan akhbar meliputi kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan RM9.6 bilion perbelanjaan pengiklanan di kalangan semua media tahun lalu.

Memetik satu laporan Price Water House-Coopers Malaysia, beliau berkata generasi yang celik teknologi hari ini yang dikenali sebagai Generasi Y juga boleh dipanggil sebagai Generasi C yang "C" bermaksud content atau kandungan.

"Generasi ini sanggup berbelanja wang untuk mendapat kandungan daripada media," tambahnya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Maglin berkata Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan terus memulihara dan mengekalkan media cetak dan surat khabar sebagai sebahagian warisan intelek negara seiring dengan perubahan zaman dan perkembangan terkini teknologi pendigitalan.

Katanya, sehingga kini PNM telah mengumpul, mendokumentasikan dan memelihara sebanyak 622,000 naskah surat khabar yang merangkumi 95 judul secara bercetak dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, etnik Sabah dan Sarawak serta Punjabi/Urdu.

"Kita memang (dalam) perjalanan ke arah mencapai teknologi pendigitalan, tetapi pembaca surat khabar masih meningkat terutama orang lama dan naskah itu menjadi bahan maklumat yang lengkap serta rujukan penting berbanding berita-berita online yang tidak memaparkan semua berita yang mencukupi," katanya.

Beliau berkata agensi kerajaan yang lain termasuk Arkib Negara Malaysia (ANM) juga boleh memainkan peranan menyimpan bahan-bahan penerbitan penting yang dapat diselenggara dengan lebih selamat dan profesional.

Zarndt pula berkata pemeliharaan surat khabar adalah sukar kerana ia tidak tahan lama dan mudah rosak di samping jumlah jilidnya yang banyak.

"Seseorang mungkin berfikir bahawa memelihara akhbar yang diterbitkan dengan bantuan komputer dan perisian boleh memudahkan perkara. Tetapi ia tidak begitu, kerana ketiadaan format fail yang standard untuk akhbar digital," katanya.

Raslin berkata persidangan selama tiga hari itu berupa platform untuk berkongsi amalan terbaik dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan surat khabar dengan menggunakan teknologi digital seperti yang dipraktikkan di negara maju lain.

Persidangan tersebut yang bertemakan "Newspaper in Multiple Scripts and Multiple Langguages: Issues and Challenges for National Heritage" dihadiri kira-kira 200 peserta yang terdiri daripada pustakawan, pengurus maklumat dan pengamal media termasuk dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Belanda, Finland dan India.

IFLA merupakan organisasi antarabangsa yang memimpin pembangunan perkhidmatan perpustakaan dan kepustakawanan seluruh dunia bagi menyuarakan idea dan pandangan ahli dalam bidang kepustakawanan dan profesional maklumat di peringkat antarabangsa. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan