Ada Pihak Cuba Lagakan Umno Dan Kaum Cina - Yahya Hussin

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Beberapa pemimpin dalam Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah dilihat cuba melaga-lagakan kaum Cina dengan Umno dan mewujudkan perpecahan antara kaum, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin.

Tanpa menamakan pemimpin itu, beliau berkata mereka cuba mempengaruhi kaum Cina supaya membenci Umno dengan mengutarakan kritkan pedas terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang menerajui Umno Negeri.

"Mereka nampak seperti hendak menghancurkan Umno, mereka sangka yang Ketua Menteri bertindak sendiri dalam setiap keputusan yang diambil. Kritikan mereka sudah sampai ke tahap melukakan Umno, ini berbahaya," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian yang bertemakan "1Putatan 1Malaysia" di sini, Ahad.

Yahya yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Petagas berkata perbuatan mengkritik pemimpin sendiri amat luarbiasa, dan tidak seharusnya sebuah parti komponen BN berbuat demikian.

Larian hari ini merupakan salah satu aktiviti menjelang ketibaan sambutan perisytiharan Putatan sebagai daerah penuh oleh Ketua Menteri Sabah pada 30 April. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan