Umat Islam Perlu Bebaskan Diri Dari Sikap Suka Menuduh - Raja Muda Perlis

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru umat Islam supaya membebaskan diri daripada bersikap keras, suka menuduh dan melabel antara satu sama lain.

Titah baginda perlakuan negatif itu akan menyebabkan umat Islam mudah diheret ke lembah kehinaan dan kehancuran.

"Kita tahu kadangkala ada perkara yang berbeza antara kita. Kita juga tahu adalah mustahil untuk menjadikan manusia ini kesemuanya bersetuju dengan satu pendapat.

"Jika itu (al-Quran dan Sunnah) pun gagal menyatukan kita, disebabkan penafsiran yang berbeza dan pemahaman yang pelbagai, maka kita mengakui akan kewujudan perbezaan ini sebagai lumrah kehidupan," titah baginda semasa merasmikan Seminar Berpegang Kepada al-Quran dan Sunnah di sini malam Sabtu.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais.

Baginda bertitah sewajarnya apa yang perlu umat Islam belajar dan pertingkatkan ialah bagaimana untuk memahami sensitiviti antara satu sama lain, berlapang dada dengan perbezaan, sudi mendengar dan bertukar fikiran dalam suasana harmoni dan penuh ketamadunan.

Titah baginda lagi, sebarang perbalahan, sangkaan buruk dan sikap suka menuding kesalahan orang lain hanya mencetuskan permusuhan dan membawa kerugian.

"Dalam sejarah, bukan sedikit perbalahan, penyeksaan, pembunuhan hanya disebabkan perbezaan antara umat ini, yang sebenarnya remeh-temeh bukanlah terlalu besar dan masih boleh dirunding atau ditangani dengan harmoni," titah baginda.

Justeru, baginda bertitah kebijaksanaan dan sikap saling hormat-menghormati sangat penting dan perlu diamalkan dalam kehidupan supaya sejarah pahit tidak berulang kembali.

Seminar tiga hari anjuran kerajaan negeri Perlis yang bermula semalam bertujuan memperkukuhkan pemikiran umat Islam, menyatukan persaudaraan dan menghindarkan salah faham sesama umat dengan menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan dan panduan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan