MIC Sedia Terima Ahli Yang Disingkir Dan Undur Diri - Palanivel

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua ahli MIC yang telah disingkir atau mengundur diri sebelum ini akan diterima kembali dan dikekalkan jawatan mereka, tetapi dengan bersyarat, kata Presiden MIC Datuk G. Palanivel.

Beliau berkata mereka yang telah disingkirkan diberi tempoh selama 30 hari bermula Ahad untuk mengemukakan surat rayuan bertulis kepada parti.

Keputusan untuk memberi peluang kali kedua itu, katanya diputuskan oleh anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) pada mesyuarat malam Sabtu.

"Ahli-ahli yang kita dah singkir dari parti selepas Mac 2008, CWC telah memutuskan untuk memberi peluang kepada semua yang telah disingkir, dipecat atau keluar untuk kembali semula menganggotai parti.

"Dan jika mereka dipilih pada pilihan raya parti pada September 2009 yang lalu, mereka berhak untuk mendapat kembali jawatan mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat itu.

Beliau memaklumkan pemberian semula jawatan itu tidak menjadi masalah kerana jawatan-jawatan mereka masih lagi kosong dan belum diisi oleh sesiapa.

Mengenai trio anti Samy Vellu yang dipecat dari parti pada tahun lepas, kerana mendesak bekas presiden parti itu meletak jawatan, beliau berkata mereka turut akan diterima semula.

Trio itu termasuk bekas anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC, Kumar Aamaan dan K.P Samy serta bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC Pusat, V. Mugilan.

Penerimaan mereka semula secara terbuka itu, katanya bertujuan untuk memperkuatkan lagi parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan