KPN Dalam Keadaan Baik, Cuma Perlu Berehat

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang dimasukkan ke hospital pada Jumaat, berada dalam keadaan baik dan hanya perlu berehat kerana keletihan, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, Sabtu.

"Beliau telah menjalani semua pemeriksaan perlu semalam, tiada apa-apa masalah, kecuali beliau keletihan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program "Sehari Bersama Polis" yang disertai 1,000 belia India di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.

"Sebenarnya, Ismail tidak perlu dimasukkan ke wad, tapi sayalah yang meminta doktor menempatkan bos saya itu di sana supaya beliau (Ismail) boleh berehat," katanya.

Khalid berkata Ismail telah memberi pelbagai arahan kepadanya dan telefon bimbit beliau menerima banyak teks mesej daripada pegawai atasannya itu.

Ismail dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur semalam selepas beliau dilaporkan berasa kurang sihat ketika menghadiri perhimpunan bulanan pasukan polis di Bukit Aman.

Ditanya bilakah Ismail dijangka keluar dari hospital, Khalid berkata: "Rasa saya, hari ini." - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan