Kerajaan Mahu Seni Budaya Jadi Teras Pembentukan Masyarakat Moden

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Kerajaan akan memastikan kesenian dan kebudayaan terus menjadi teras kepada pembentukan masyarakat moden, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata ini kerana karya seni dan budaya boleh menjana sumber ekonomi kepada penggiatnya.

Sambil memberi contoh usaha pengkomersialan Regatta Lepa di sini, Shafie berkata penduduk tempatan boleh mendapat imbuhan sewajarnya yang secara langsung dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

"Usaha memartabatkan warisan perlu digerakkan dengan lebih proaktif dalam usaha memelihara budaya tempatan sejajar dengan peredaran zaman," katanya ketika berucap pada majlis penutupan Regatta Lepa ke-18 yang dihadiri sekitar 40,000 orang termasuk pelancong di sini, malam Sabtu.

Majlis penutupan acara melayarkan bot layar kecil (Regatta Lepa) itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Shafie berkata industri pelancongan negara merupakan industri kedua terpenting daripada segi sumbangan kepada tukaran wang asing.

Katanya perkembangan industri pelancongan negara kini semakin positif berikutan peningkatan kehadiran pelancong asing ke negara ini.

Shafie berkata tahun lepas sahaja, seramai 24.6 juta pelancong telah berkunjung ke Malaysia berbanding 23.6 juta tahun sebelumnya, sekaligus membantu menjana pendapatan sebanyak RM56.5 bilion untuk negara.

Sementara itu, Nurul Haffizah Abdul Hakim, 21, dari Kampung Sulabayan dinobatkan sebagai Ratu Lepa ke-18 manakala Nur Ainah Manurat, 17, dari Kampung Tampi-Tampi dan Farah Soffiah Jasmin, 19, dari Kampung Bugaya masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan