Kerajaan Kedah Perlu Lebih Kreatif Cari Sumber Kewangan - Muhkriz

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Kerajaan PAS negeri Kedah perlu lebih kreatif mencari dana dan sumber kewangannya dan bukan sekadar mengambil kesempatan terhadap rebat cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, jika perkara itu berterusan ia dilihat salah satu simptom kepada masalah yang lebih besar.

Bercakap kepada media selepas majlis Mesra Rakyat di Kampung Baru Manggis, Sungai Karangan, dekat sini, petang semalam, Mukhriz berkata selain tidak melihat daripada aspek kepentingan pendidikan malah ia dilihat seolah-olah mahu mengambil kesempatan.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, memandangkan Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini dibiayai oleh Kerajaan Pusat justeru, sedikit sebanyak mungkin ada yang mahu mengambil kesempatan dari cukai tanah tersebut. Mukriz berkata, Kerajaan Barisan Nasional sejak dahulu sentiasa memberi rebat kepada UUM dan hanya meminta universiti tersebut membayar token lebih kurang RM100,000 sahaja untuk tempoh setahun kerana pulangan yang didapati selepas itu adalah jauh lebih besar.

"Nampak gaya kerajaan negeri Kedah kini melihat cukai tanah itu sebagai satu sumber pendapatan hasil mahsul negeri yang saya rasakan agak pelik dan tidak sewajarnya berlaku, kerana sebagai kerajaan negeri sepatutnya mereka mencari sumber lain untuk menjana pendapatan negeri," kata Mukhriz.

Beliau berpendapat adalah tidak wajar jika sesebuah kerajaan negeri mengenakan cukai yang tinggi ke atas sebuah institusi pengajian tinggi yang memberi menafaat yang banyak kepada rakyat khususnya penduduk di luar bandar.

Mukhriz berkata beliau merasa terkilan kerana UUM terpaksa berdepan dengan masalah bekalan air yang tidak sempurna sekalipun terpaksa membayar cukai tanah yang tinggi.

Katanya, perkara itu sepatutnya tidak berlaku dan seharusnya menjadi prasyarat kepada kerajaan negeri menentukan kesempurnaan dan memberi perkhidmatan yang baik setelah mengenakan cukai tinggi kepada universiti itu.

Jika keadaan itu berterusan, hasrat UUM untuk berada di dalam kelompok 500 Universiti terbaik di seluruh dunia mungkin tidak kesampaian jika masalah sebegini tidak diselesaikan.

Terdahulu, Mukriz turut menyampaikan sumbangan berupa barang-barang keperluan dapur kepada 15 keluarga miskin dari beberapa buah kampung sekitar pekan Sungai Karangan ,dekat sini, termasuk sebuah basikal kepada pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Karangan Mohd Aiman Mohd Hisham, 13. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan